Klik saya

Tawaran Melanjutkan pelajaran ke Pra Diploma Nov 2012, Kampus Segamat, UiTM Johor

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (MDAB - MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA) DI UiTM JOHOR SESI NOVEMBER 2012 - APRIL 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah di maklumkan bahawa UiTM Johor memerlukan calon-calon yang berkelayakan untuk di tawarkan melanjutkan pengajian ke program pra diploma perdagangan (MDAB-Mengubah Destini Anak Bangsa).  Oleh itu, mohon bantuan semua staf akademik dan bukan akademik untuk membantu pihak pengurusan UiTM Johor menawarkan program pra diploma perdagangan (MDAB) ini bagi mereka yang layak. 

Maklumat yang perlu di ambil perhatian.

1.)  Pelajar Lepasan SPM tahun 2007 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon.

2.)  Calon yang pendapatan keluarganya di bawah RM2000.00 sebulan sahaja akan ditawarkan untuk program pra diploma perdagangan (MDAB) ini.

3.)  Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan - PD002 

    3 subjek mesti kredit termasuk subjek Bahasa Melayu.  Penunjuk seperti di bawah : 

    Kredit        -  Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
    Lulus         -  Bahasa Inggeris & Matematik (Gred E8 ke atas sahaja)
    Kredit         -  2 subjek lain (teras atau elektif)

    Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:

    Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan dan
    Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

4.)  Tarikh TUTUP PERMOHONAN (FASA NOVEMBER 2012) adalah pada atau sebelum 31 OKTOBER 2012.

Borang permohonan pra diploma perdagangan (MDAB) adalah seperti berikut atau boleh di dapati di Unit Komunikasi & Korporat :

borang permohonan Pra Diploma MDAB

5.)  Setiap permohonan hendaklah di hantar bersama-sama 1 salinan IC, 1 salinan sijil kelahiran, 1 salinan keputusan SPM dan 1 salinan penyata  pendapatan keluarga.  Jika kesemua salinan dokumen yang diperlukan ini tidak disertakan, permohonan calon tidak akan di proses.


b/p : Timbalan Rektor Akademik & Antarabangsa UiTM Johor


No comments: