Klik saya

Permohonan bermasalah penerapan pra diploma ke diploma Nov 2012

Sekadar berkongsi maklumat pengambilan pelajar oleh UiTM untuk sesi November 2012.

Sekiranya berlaku masalah seperti di atas, tindakan segera seperti di bawah perlu dilakukan:


1. Calon yang telah membeli No. pin/ Slip BSN tetapi tidak boleh/sempat memohon.
    • Sediakan satu surat menyatakan 3 program yang ingin dimohon
    • Salinan Slip bayaran No. Pin
2. Calon yang tidak membeli No. pin/ Slip BSN dan tidak memohon.
    • Sediakan satu surat menyatakan 3 program yang ingin dimohon
    • Wang Pos Bernilai RM10.00 atas nama BENDAHARI UiTM
Untuk makluman semua, sesi temuduga bagi program bertemu duga akan dijalankan pada 15/16 September 2012 . Justeru bagi permohonan program bertemuduga, tarikh akhir terima permohonan secara manual adalah pada 13 September 2012 .

Bagi program bukan bertemu duga, permohonan secara manual penerapan pra diploma diterima sehingga
22 September 2012

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan seterusnya.

Terima kasih.


Penolong Pendaftar Unit Diploma
b.p: Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
No. Tel : 03-55443162
No. Fax : 03-55443170

No comments: