Klik saya

sambutan maulud nabi di kampus johor bahru

salam, hari ni Kampus JB telah menyambut maulud nabi in advanced.
ye lah, maybe boss nak sambut awal sebab kengkangan jadual aktiviti akademik di kampus JB, pasni ada cuti panjang sikit, rabu baru naik keje kan, so nanti bila sambut lambat2, rase suam-suam kuku, dah tak hangat lah kan.
so td ada ceramah sikit lah pasal sunnah nabi oleh ustaz hj noh b. kadri, qadi johor, so dia banyak menyentuh mengenai pelayaran bahtera rumahtangga mengikut sunnah nabi. sangat best. ceramah yg mengambil masa dari jam 9.30 ke 11.30 am tidak terasa lambatnya. seronok.
so antara intipati yg aku dapat daripada ceramah tersebut, terus aku sms suami, sbb harus lah dia tiada bersama aku kerana menjalankan tugasnya. (keje lah kan).
sepanjang pemerhatian kajian nikah cerai rujuk yg dijalankan oleh dia dan gengnya khususnya di johor, 3 faktor kebahagiaan rumahtangga iaitu komunikasi suami isteri, seks, dan harta. jika salah satu ni breakdown, pastinya, rumahtangga goyah dan tidak berkekalan.
kalo nama anak ada muhammad, jgn dipanggil mamat, mamat maksudnya mati, memang anak itu hidup, tp ditakuti hatinya mati.
atau nama apa sekali pun (yg baik2 lah kan) kena panggil ikut ejaan betul. barulah ertinya akan menyerap ke dalam jiwa sekaligus anak2 membesar dengan apa yg kita maksud dan harapkan dari namanya itu.
kalo nak nikah, digalakkan pihak perempuan mengambil mak andam bukan pak andam a.k.a pondan, kerana beliau adalah lelaki, mestilah batal air sembahyangnya bila disolekkan, so kan ada majlis batal air sembahyang/menyarung cincin oleh pengantin lelaki. camne nak berkat majlis tu, sbb wuduk pengantin perempuan dah batalkan. selain itu, jgn berpakaian seksi, tak salah untuk melawa, tp biarlah sopan pakaiannya, kerana tok kadi adalah manusia gak, kengkadang dia ternampak lurah dendam pengantin perempuan tu, tp nak elak camne, dah terrrr... huhuhu.. ini semua adalah permulaan memohon rahmat dan keberkatan sejak dari awal pernikahan itu sendiri agar berkekalan baik hingga ke akhir hayat.
suami adalah pemimpin, manakala isteri adalah kaunselor, sebab tu kena pilih isteri yg solehah supaya boleh mengingatkan/menasihatkan suami dan anak-anak mengenai apa sahaja yg dibuat. sebab itu toleransi penting dalam rumahtangga.
sungguh panjang lebar sampai ustaz tu tak sempat nak bg hujah lagi. tp masa dah sampai nak buat camno. majlis pun berakhir dengan jayanya.alhamudulillah, aku berjaya menghadiri majlis ilmu pada ari ni.



No comments: