Klik saya

INTEC & AUSTRALIAN UNIVERSITIES EDUCATION FAIR 2012

Untuk makluman, pihak Program AUSMAT INTEC, UiTM Kampus Seksyen 17, Shah Alam akan menganjurkan INTEC & Australian Universities Education Fair 2012  dengan kerjasama IDP Education Pty Ltd. Booth pameran yang akan terlibat adalah:

Program-program yang ditawarkan di INTEC seperti AUSMAT, ADFP, A-LEVEL, KOREA, RUSIA, TIMUR TENGAH, DASAR PANDANG KE TIMUR (DPT) dan PERANCIS.
20 buah universiti-universiti di Australia yang akan mempamerkan info-info terkini mengenai program siswazah dan pasca siswazah.

Di samping itu, sesi konsultasi percuma juga akan diadakan bagi mana-mana pihak yang berminat untuk mengetahui dengan lanjut mengenai INTEC dan universiti-universiti Australia serta program-program yang ditawarkan. Butir-butir ekspo adalah seperti berikut:

LIST OF PARTICIPATING UNIVERSITIES
Macquarie University
Edith Cowan University
University of South Australia
Swinburne University
Central Queensland University
University of Sydney
Griffith University
La Trobe University
University of Western Australia
Le Cordon Bleu
Bond University
University of New South Wales

Tarikh     : 1 MAC 2012 (Khamis)
Tempat    : Perpustakaan INTEC
Masa       : 9.30 pagi - 1.00 petang

Oleh itu, pihak penganjur amat mengalu-alukan kehadiran semua pihak secara amnya dan juga bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran atau mewujudkan kolaborasi bersama universiti-universiti Australia khususnya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada AJK Program melalui talian atau e-mail.


Pn. Norsyarmila Shuib                      : 03-55227094/ norsy622@salam.uitm.edu.my
En. Keshminder Singh Jit Singh        : 03-55227067/ keshm967@salam.uitm.edu.my
Pn. Nur Atiqah Zaharullil                  : 03-55227066/ atiqah0361@salam.uitm.edu.my

No comments: