Klik saya

Ramadhan 1432H/2011M

Tahun ni sambut posa di rumah mak mertua di Labis. First posa rasa letih & haus sangat ngan cuaca yang panas gile di umah MIL. Along begitu menguji kesabaran aku, begitu gak angah, agaknya dia haus sebab panas kot, dah bagi air minum, nak ngempeng gak, dah ngempeng ingatkan dia nak tido lah kan, rupenye tak, nak ajak main2.. layan dia.. tu yang cam pancit je rasenya. Rasenye tahun lepas posa dalam keadaan mengandung, tp leh larat plak.. agaknya along masa tu banyak ayah dia yang handle, so dapatlah rilek sikit. So tahun lepas berjaya posa sebulan. Alhamdulillah.

Bezanya tahun ni, aku berposa bersama 2 hero-hero ku yang tengah lasak nak main je, di samping posa aku menyusukan anak, so maybe sume cecair dalam badan ku telah ditukar untuk penyediaan susu.sebab tu mudah haus dan letih sangat, sebab tenaga aku nak dikongsikan dengan anak2. Berbuka semalam pun, aku minum air je banyak, makan sikit je, pastu cam dah kenyang, mana taknya, kenyang air lah tu.

Nasib baik, MIL tak kisah, dia suruh tengok anak je, so aku takdelah tolong MIL sangat buat persediaan berbuka semalam. kesian gak, dia mesti penat, tp dia excited gak sebab anak menantu cucu balik bukannya selalu.

Teringat tahun lepas, angah kat dalam perut lagi (8 bulan) sekang ni angah dah kat luar dan berumur 9 bulan lebih, seronoknya tahun ni dah ada 2 anak… tp serius penat, sebab nak layan kerenah, telatah dorang, yang kadangkala menggembirakan hati dan kadangkala merisaukan hati ni… tak sabar nak tengok angah pakai baju melayu raya tahun ni..

Semoga kite semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketabahan, keikhlasan dan kesabaran untuk mendapat rahmat dan pahala sebanyak mungkin di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.


1 comment:

qaisarahanina said...

tak sabar kan nak tgu anak2 besar kan.