Klik saya

persaingan sengit atau tak layak?

nape ada ramai lagi pelajar tak dapat masuk U, khususnya yang layak :

1)salah pilih course yang sesuai dgn kelayakan SPM, mereka memilih based on minat je
e.g. ambil aliran sastera, result gempaq gaklah, tp nak amik course sains & teknologi. camne nak dapat. basic tak penah ada, camne nak ke peringkat lebih tinggi lagi, memang kita takkan bagi punye la, kalo aliran sains nak ke aliran sastera/sains sosial, takde masalah;

2)tak alert ngan tarikh-tarikh penting kemasukkan ke U, cth UPU, atau U yg sesapa berminat so rajinlah tanya. kita di zaman yang serba canggih ni, macam2 aplikasi kita gunakan.
camne nak alert:-bacalah paper selalu, check laman web utk mohon online, telefon tempat belajar tu ke, kalo ada exhibition pasal U/kolej ke tanyalah, kan ada banyak cara, akhirnya terlepas peluang mohon begitu saja.
sekang ni dah takde manual-isi form lagi dah. sumenye online.biasanya kena beli no. pin kat bank, then baru leh online. so, kat sini kita dah ajar budak sekali ngan parentsnya tu utk celik IT, e-rayuan pun online gak, penting buat ni kalo sapa yg tak dpt, sebab org yg layak, kengkadang dia ada peluang lain yg lebih menarik, so dia tolak, ini akan menyediakan tempat kosong utk sesuatu course, atau kuota ada lagi lah tu, mana tau ade rezeki leh selitkan;

3)ada tu mungkin kesilapan teknikal, salah masuk no. pin lah atau server down di saat-saat akhir lah, so permohonan online tidak dapat dikemaskini, akhirnya, cukup 3 kali edit, dah takleh betulkan lagi. hati-hatilah masuk no. pin tu. janganlah terus nak enter je. kalo server down, buatlah masa tengah malam ke dari pukul 12.00 mlm - 5.00 pagi ke. korbanlah masa sikit, maybe line bz sbb ramai org connect the online application, jgn ingat kite sorang je nak apply, dan kena ingat, ramai lagi yang layak lebih baik dr kite. so pilih betul2. edit 3 kali je kan. pikir betul2, survey program tu sesuai ke tak ngan diri sendiri. then baru leh mohon, choice pun bukannya banyak sgt.

4)selalunya mak bapak je rajin nak tanya, anak yg nak belajar ke mana? nape tak tanya sendiri. takut parents ni fahamannya lain, pelajar lain, yg nak study tu pun anaknya gak nanti. lainlah kalo ibubapanya pun berpendidikan tinggi, tu lain cite lah kan. at least got some experiences.
so anak tu dah mula kena beranikan diri tanya. kalo salah pun bukannya org tu nak makan, takkan lah org nak marah tak tentu pasal kalo tanya elok2. yg jadi anak pun relax je. kalo terlepas tarikh nak mohon, yg frust selalunya parents... kesiann sangat. nape lah ade org yg tak ambil berat camtuh. parents ni kan bekerja, so memula dia cam alert, pastu terlupe jugak.sian, tp nak buat camne, tak dapek den nak nolong eh.

5)parents plak; mintak tolong sangat-sangat jangan pilihkan course utk anak atau dlm erti kata lain 'paksa' anak suh amik cos sama cam dia. e.g. dia dulu belaja pertanian, so course yg available pengurusan ladang, so paksa anak suh amik cos sama ngan dia, mana leh camtu. ada anak yg tak minat langsung, nanti mulalah dia memain, tak belaja sungguh-sungguh, so jumpa kaunselorlah, menangis-nangis nak tukar program lah ape la. kat sini we're not allow tu tukar program.sbb tu b4 mohon fikir masak-masak. survey dulu.
so sayangilah anak-anak anda, biarlah dia nak belaja cos ape yg layak dan sesuai ngan jiwanya, keje kita, bimbing dia, supaya jadi org berguna, tak semestinya e.g. amik cos sains komputer bekerja di bidang yg sama, maybe dia keje di bidang pentadbiran dsb. janji dia dpt keje, dan leh bayar PTPTN or what so ever. yg penting abih study je dia laku di pasaran, leh dpt keje.

6)persaingan semakin sengit, budak pandai dah semakin ramai sekang ni, so mintaklah cos yg sesuai ngan kelayakan, sbb tempat yg ditawarkan biasanya sikit atas kengkangan tempat yg terhad. ada kuota. nanti kalo offer reramai, camne nak selesa study, kolej penginapan sume, takkan nak sempit2, mana nak simpan barang, nak study lg, so tak conducive. nanti kalo tak selesa, tau plak complaint. pengambilan lecturer berkebolehan pun nak kena pikir gak. bukan main leh amik je sesapa nak ajar student.

so, siswa/wi-to-be, please be alert. TQVM



2 comments:

qaisarahanina said...

bakal eo dah bg warning...akak camne ngan kpsl baru2 nie..lulus tak??

noraidahm said...

akak tak taulah, dorang ni amik mudah, pastu kalo tak dapat mulalah nak marah2. padahal sendiri tak alert, camne cara lagi yg kite nak war-warkan berita pasal intake. kira nak bg kesedaran/pendedahan lah ni.

pasal tu fiza, akak kan takleh apply tuari ada problem ngan aplikasi online akak, so akak tak exam lah, tinggal paper law je lum lulus. maybe thn ni ke... fiza ada gi exam kpsl ke?