Klik saya

nak makan kuzi

Hari ni kalo tak silap, sebelah ptg ada meeting kik, tp serentak ngan taklimat exam utk pelajar diploma, ia taklimat rutin sblm exam, nak cakap tentang kewajipan bawa slip exam menandakan yang pelajar tu memang mendaftar kursus masing2, bawa kad pelajar dan paling penting sahsiah rupa diri sebagai pelajar. Tak meniru, tak bawa bahan2 meniru ngan phone mesti off, yg ni biasalah. aku rasa sume tempat sama.
Sampai je pagi ni, tengok atas meja, membe ada bagi rempah utk resepi kuzi kambing/ayam ngan rempah nasi arab. Bestnye. Tak sabar nak cuba masak di rumah. Tuari adalah ckp2 ngan membe, puas cari resepi kuzi ni kat kedai/hypermarket. So membe ckp dia ada di kedai rempah ratus. So dia ada ckp, kalo dia balik kelate, nanti, dia belikan. Alhamdulillah, so dia bawakkan dari kelate lah ni. Insya’allah balik nil eh cuba masak kuzi kambing ni. Mmm dah terliur & terbayangkan keenakkannya. So ni resepinya, aku tanya membe yang penah masak kuzi ni.

Resepi kuzi - takde sukatan

ayam/kambing dsb/hati pedal potong dadu - gaul ngan bawang/halia/garam
(dah tumbuk@blend) x payah kunyit..
goreng gajus/kismis - goreng sampai kismis kembung..hehe
bawang kecik - goreng n tumbuk @ blend
tomato puree
tomato sos
susu cair, leh ganti santan
bwg besar/kecik/putih..blend halus + ngan rempah kuzi
minyak sapi untuk menumis
garam/gula secukup rasa

cara:
tumis bhn blend+rempah hingga wangi
masukkn tomato puree..kacau
tambah tomato sos + air + susu cair
jgn terlampau cair
tambah bawang goreng
last, masukkan ayam@kambing, hatipedal, gajus/kismis garam + gula
masak hingga mendidih n pekat, naik minyak
kalo macam x pekat bleh le tambah bwg goreng lagikk

gitu lerr, so hopefully menjadi dan sedappp.. hehee. TQVM hazami.

No comments: