Klik saya

macam-macam hal

Hari ini check e-mail je draf pertama jadual exam dah kuar. Ini maknanya exam dah dekat. Exam program diploma kat uitmjb ni dijadualkan pada 19 sept – 9 okt 2011. Hope yang tumpang exam kali ni, hanya yg relevan sahaja.
Untuk program Ihya’ Ramadhan kali ni, aku dilantik jadi Setiausaha, kelam kabut gak, sebab tak penah lagi jd S/U, ape pun I’ll try my best. huhu. Sekang ni sedang mencari ilham nak karang minit mesyuarat tempoh hari. Sebab semalam tengah best-best idea datang mencurah-curah, KIK plak nak buat meeting, aduss rase malas pun ada. Tp kalo cpt meeting, cpt lah habis kan.
Memula plan nak buat e-Kenderaan, tp member kata tak best sangat sebab cam nak penambahbaikan utk satu bahagian je, tak tolong bahagian lain. So kite tukar buat tajuk e-KA, sebab sume bahagian terlibat. Cantik gak. Yang penting kerjasama. Aku tak kisah. Janji ada data, leh kira, realistic, logic, takde masalah. Lagipun group aku ni gabungan 3 bahagian : Pentadbiran,HEA & HEP. So jadilah HARMONI. Kata dorang lembutnya nama, sesuai dengan orang yang cadangkan nama tu. Sapa lagi. Akulah tu. Hihihi. Seronok.
Sambil karang blog ni, Alhamdulillah siap sudah minit program ihya’, lega rasenye, jap td bagi ustaz semak, dia kata orait, takde salah, Alhamdulillah, senang keje aku. Settle. Tinggal part bos plak, utk sahkan. Then baru leh tunggu next meeting ngan gembiranya.
Ada lagi keje yg masih menyusutkan fikiran ku, camne ni. Tak lama lg nak kuatkuasa tuntutan syarahan sambilan secara online, tiada manual lagi dah. Seminggu ni aku dah cuba daftarkan dan buat ape yg patut. Part bos pun dah lulus. Jap lg, bila lect nak isi claim je ada probs, kod tidak didaftarkanlah, kod yang mana satu?!. Camne aku nak selesaikan ni. Banyak pihak kena contact lak tu, pihak bendahari la, nanti bendahari nak contact psmb shah alam la, adoyai kerenah birokrasi ni. Biasalah memula nak implement sistem ni mesti takes time. Nanti lelama ok, cam tuntutan OT lah kan, now, everything’s fine. Duit pun masuk cepat jek. Alhamdulillah.
Bulan posa ni, bebanyakkan berzikir ye kwn2.

No comments: