Klik saya

Biarlah rajin sampai bila-bila

Hari ni rase ngantuk sangat. Letih balik dari rumah MIL tak habis lagi. Kain baju dah bersih pun tak sempat lipat lagi. Lagi bulan posa ni, cam tak sempat nak siapkan keje umah. Just buat ikut priority je. Sampai umah sekang 6.30 petang. Hubby suka lauk masak sendiri, ringkas pun takpe. So semalam berbuka bihun sup daging. Sedap betul. Anak2 pun berselera je. Tapi lepas makan punyelah rimas, panas badan, cuaca sekang ni waktu malam pun panas, actually hubby cam rase demam katanya, so sebab tu menu semalam sup. Tapi bagus gak senang keje aku. Hehee.
Anak-anak sekang ni rajin mengemas (menyerakkan ye), bila ummi ngan ayah dia dah sapu umah, dorang jatuhkan makanan balik. Actually masa nak tunggu dinner siap, bagi dorang biskut ke, roti ke, untuk bagi ‘keje’, so dorang takdelah lapo sangat, atau nak kaco ayah ngan ummi nya kat dapur. bila dorang tak habis makan, haa mulalah bersepah-sepah.
Kengkadang abg tu leh harap gak suh kemas mainannya, kengkadang nak tolong tumbuk sambal cili untuk makan ngan sup. Senang gak, abg dah leh tolong sikit2, maklumlah, ummi dah cakap kat dia, ummi takde anak pempuan, so semua anak ummi nak train biasa tolong ummi buat keje umah ke memasak ke, takdelah ummi penat sorang2, Alhamdulillah. mungkin sebab ayahnya ada sikit rajin, so sebab tu anak-anaknya pun rajin gak nak cuba tolong kemaskan apa yang patut dan tolong memasak. Huhuhu.
Kalo bole, biarlah rajin sampai bila-bila ye nak!

1 comment: