Klik saya

Part Time Degree/Master Sept 2011 UiTM

Bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Diploma/ Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk mengikuti program-program IJAZAH SARJANA MUDA / SARJANA di UiTM.

CARA MEMOHON
1. Pemohon dikehendaki membeli wang pos/bank draft di mana-mana kaunter Pejabat Pos dengan harga RM12.00.
2. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online). Sila klik di sini untuk mengisi borang secara online. Pemohon hendaklah membaca Syarat Kelayakan Akademik sebelum mengisi borang permohonan.
3. Pemohon hendaklah melengkapkan semua butiran yang diperlukan dan mencetak borang tersebut.
4. Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah dihantar berserta:
a. Salinan Surat Beranak,
b. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan
c. Surat Pengesahan Majikan

Alamatkan kepada:
Pusat Pengajian Ijazah, Institut Perkembangan Pendidikan (InED), Dwelling 2, Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

5. Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 30 pelajar yang mendaftar bagi setiap program dan kampus.
6. Pemohon lulusan STPM/Diploma yang memohon program Ijazah Sarjana Muda mesti telah menduduki peperiksaan MALAYSIA UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET).
7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Pengajian Ijazah di talian 03-5522 5315/ 5318/ 5238/ 5237.
8. Tarikh akhir penerimaan salinan borang online yang telah lengkap berserta dokumen sokongan yang telah disahkan adalah pada 22 JULAI 2011 (JUMAAT)

No comments: