Klik saya

Bz ke

Tak sempat nak update blog selalu, sebab kesibukkan melanda diri ini.

Kengkadang fikir apa yang menyebabkan tak sempat, adakah saya tidak pandai menguruskan masa.

Bermulalah kemuncak musim keje paling bz di HEA iaitu, dalam bulan April ni ada beberapa acara penting, yang nak dikatakan bertindih, boleh jugak lah kan.

Pada 9-10 April ni kena bertugas di DUN Panti dan DUN Pasir Raja kat Kota Tinggi untuk taklimat kemasukan calon-calon pelajar UiTM.

Pastu 16-18 April persiapan untuk keperluan program-program bertemuduga seperti FSPU,FED,FSSR dan FKPM.

Kemudian Peperiksaan Akhir UiTM dijadualkan bermula pada 16 April - 10 Mei 2011.

So gerenti kena keje overtime.

Pastu adik saya plak akan bernikah pada 30 April 2011 di Manjung, Perak, bersanding 1 Mei, nak kena gi tuh. Tapi dapat break jap and jalan2 ke Perak insya'allah, rancangnya nak cuti 29, 30 April dan 1 Mei.


Pastu, kecian pada hero-hero saya yang sudah semestinya terpaksa ditinggalkan kejap on weekend sebab bertugas demi anak bangsaku, UiTM kedua di Hatiku huhu.

Ummi tetap sayangkan kamu sume.

At least, OT ni bermusim, so tak selalu kena keje camni.


Lepas exam, mestilah preparation for result exam to be approved by JAC meeting.

Gerenti drag plak sampai ke Jun. Sebelum nak sampai ke Jun ni, mesti ada yang nak buat supp. paper, RMP takpun RSS. Pastu prepare lagi result utk meeting JAC.


So, 21 Mei 2011 mungkin UiTMJB akan menerima pelajar baru, so cam biasa pendaftaran kursus pelajar baru plak.


Kitaran hal ehwal akademik pelajar akan berputar lagi dari daftar, belajar, exam, dapat keputusan baik dan tamat atau dengan kata lain---> bergraduat dengan jayanya.


Semoga kalian tamat dengan jayanya.

No comments: