Klik saya

MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (MDAB)

TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN DI UiTM JOHOR (MDAB - MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA)

SESI MEI - OKTOBER 2011

Program MDAB ini merupakan Program di bawah naungan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan tujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin bumiputera di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibu bapa kurang dari RM2000.00. Oleh itu, pihak pengurusan UiTM Johor memerlukan kerjasama warga UiTM Johor untuk sama-sama membantu mengenalpasti calon-calon yang berkelayakkan untuk di tawarkan melanjutkan pengajian ke program pra diploma perdagangan (MDAB-Mengubah Destini Anak Bangsa) ini.

Maklumat yang perlu di ambil perhatian: 1.) Pelajar Lepasan SPM tahun 2005 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon. 2.) Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan (MDAB) - PD002

Sekurang-kurangnya 3 subjek mesti kredit termasuk subjek Bahasa Melayu. (syarat telah dikurangkan untuk memberikan lebih peluang belajar di UiTM). Penunjuk seperti di bawah :

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM) Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik (tidak kredit bagi kedua-dua subjek ini) Kredit - 2 subjek lain (teras atau elektif) Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut: Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian Media serta Sains Sukan dan Rekreasi

Tarikh TUTUP PERMOHONAN adalah pada atau sebelum 18 APRIL 2011. Borang permohonan pra diploma perdagangan (MDAB) boleh di dapati di kaunter HEA, UiTM Segamat, Johor atau Kampus Larkin, Johor Bahru dalam masa terdekat ini.


atau



Setiap permohonan hendaklah dihantar bersama-sama dokumen yang telah disahkan :

1 salinan IC pemohon, Ibu dan Bapa,

1 salinan sijil kelahiran pemohon, Ibu dan Bapa, 1 salinan keputusan SPM, 1 salinan penyata pendapatan keluarga.


Jika kesemua salinan dokumen yang diperlukan ini tidak disertakan, permohonan calon tidak akan di proses.