Klik saya

Ekspo Selangkah ke UiTM

Ekspo Selangkah ke UiTM datang lagi pada 26-27 Mac 2011.
Ekspo ini akan diadakan serentak di UiTM seluruh Malaysia.
Datanglah beramai-ramai untuk pertanyaan lanjut program-program di UiTM



Ekspo Selangkah ke UiTM 2011 ini adalah bertujuan untuk memberi informasi berkenaan program-program pengajian yang ditawarkan di UiTM seluruh Malaysia di samping memberi peluang terutamanya kepada "target audience" iaitu bakal mahasiswa lepasan SPM dan STPM untuk membuat semakan syarat kelayakan program pengajian untuk kemasukan ke UiTM bedasarkan keputusan peperiksaan mereka secara "online".

Ekspo Selangkah ke UiTM 2011 ini adalah terbuka kepada semua bakal mahasiswa IPT, pelajar-pelajar sekolah, kaunselor, guru-guru dan masyarakat.

Ekspo ini juga memberi peluang kepada bakal mahasiswa untuk memahami lebih lanjut program apakah yang layak dengan keputusannya dan bukan berdasarkan minat semata-mata.

Ia juga penting untuk mengelakkan bakal mahasiswa tersalah pilih program pengajian.
So datang, jangan tak datang.

2 comments:

qaisarahanina said...

caiyok arr orang kuat hea nie..bakap jadi eo...heheheh akak amik tak kpsl tahun nie.....

noraidahm said...

akak dah cuba isi online, tak boleh-boleh,
baru-baru ni nak cuba isi lagi, permohonan untuk kpsl 3001 dah ditutup.. sedeyyy...
dah la peluang nak naik kanan tahun ni pun takde, maybe tahun depan kot..
tak sabar nak ikut jejak fiza..