Klik saya

Kongsi gembira

Dah lama sangat tak update blog ni,
rasa nak kongsi kegembiraan tentang apa-apa yang berlaku
sementelah lama tak update blog ni.


Kelahiran Muhammad Ammar Iskandar pada 04 Oktober 2010 telah menggenapkan bilangan ahli keluarga ku seramai 4 orang, tetapi ada orang yang bersedih dan terperanjat dengan kelahiran adiknya, iaitu abangnya, kerana dia sudah tidak dapat bermanja lagi dengan uminya.
Sampai saja depan rumah, terus dia nangis, sebab tengok uminya pegang baby lain.


Aku pun terharu juga melihat kesedihannya,
tapi aku pujuknya bahawa aku tetap sayangkan kedua-duanya walau apapun terjadi,
aku peluknya kuat-kuat.



Hari berganti hari, Ammar semakin membesar dan melihatkan perubahannya aku dan suami bertambah gembira, maklumlah dia kena kuning yang agak lama iaitu 4 hari,
sehingga ke hari ni aku masih memberikannya "fully breastfeeding" agar dia mendapat khasiat sewajarnya.


"Ya Allah, engkau berkatilah rezeki ini, dan tambahkanlah daripadanya. Amin"

Abang semakin dapat menerima kehadiran adiknya, pantang baringkan adiknya di mana-mana, dia pasti nak baring di sebelahnya. Gitulah kasih abang kepada adiknya.

No comments: